About School

 MOTO SEKOLAH

Bimbing Didik Cemerlang


VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


FALSAFAH SEKOLAH

Mempercayai dan Mengakui Bahawa Semua Pelajar

Boleh Belajar, Diajar dan Boleh

 Mencapai Kemajuan Serta Mengakui Bahawa Sekolah

Adalah Kunci Utama Bagi Kejayaan Para Pelajar


 LAGU SEKOLAH

Bimbinglah kami berjaya
Didiklah kami berilmu
Cemerlang harapan kita
Gemilang segenap penjuru

Kami sentiasa berikrar
Dididik, tekun belajar
Dibimbing akhlak cemerlang
Kejayaan pasti dijulang

Esemkey (SMK)
Taman Tuanku Jaafar
Terukir, megah tersebar

Esemkey(SMK)
taman Tuanku Jaafar
Berfikir minda tercabar





Lirik : Radzali A. Ghani ANS,PMS
Lagu asal : Saharudin B. Kassim BSD,PPS
Gubahan semula : Mohamad Fadzli B. Hamid

LENCANA SEKOLAH



          Lencana ini dicipta oleh guru-guru perintis SMK TTJ dengan bantuan En. Abdul Hadi b. Mohd. Yunus. Lencana ini bercogan kata Bimbing Didik Cemerlang. Pada lencana terdapat dua tonggak yang berdilang menuju ke atas melambangkan kerjasama serta perpaduan rakyat ke arah datu matlamat tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang budaya.

          Tonggak juga melambangkan perisai yang menjadi benteng untuk ketahanan diri daripada gejala negatif yang akan digunakan selaras dengan arus kemodenan. Cakarawala dan bumi melambangkan globalisasi dalam meneroka khazanah ilmu pengetahuan serta melambangkan keazaman sekolah serta penghuninya yang berganding bahu tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang untuk bersama-sama menjadi perintis.

          Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna merah pula melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Manakala warna biru melambangkan perpaduan rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang, bersama-sama menuju kecermelangan. Akhir sekali, warna putih di dalam bulatan melambangkan keikhlasan serta kesucian yang perlu dipelihara untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan negara.
LATAR BELAKANG SEKOLAH

         
          Nama sekolah saya ialah Sekolah Menengah Taman Tuanku Jaafar. Sekolah saya terletak di Sungai Gadut, Senawang , Negeri Sembilan. Alamat sekolah saya ialah Sekolah Menengah Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut,71450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

          Nama sekolah ini diambil bersempena nama Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, YDB Negeri Sembilan yang ke - 9.  Nama sekolah ini juga diambil bersempena lokasi sekolah yang terletak di taman perumahan Taman Tuanku Jaafar.

          Sekolah ini telah ditubuhkan pada 2 Januari 2001. sekolah ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan,Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Sekolah ini mula beroperasi di Sekolah Menengah Seri Pagi. SMK TTJ telah menumpang selama 5 bulan di sekolah tersebut. Jumlah murid ketika itu kira-kira 400 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4. Manakala jumlah guru lebih kurang 20 orang. Pada masa itu, sekolah beroperasi pada waktu petang. SMK TTJ berpindah ke kawasan Taman Tuanku Jaafar pada bulan Jun 2001.

          Puan Hajah Zaini bt. Omar adalah pengetua pertama SMK TTJ. Beliau berkidmat dari tahun 2001 dan bersara pada tahun 2006. Tempat beliau diganti oleh Puan Norliah bt. Osman. Beliau berkhidmat di sekolah ini selama 2 tahun, iaitu pada tahun 2006 dan 2007. Kemudian, Puan Hajah Zaleha bt. Siran menggantikan tempat beliau semenjak tahun 2007 hingga Disember 2011. Kini, jawatan pengetua disandang oleh Tuan Haji Omar bin Ahmad.


          Guru pertama yang memegang jawatan Guru Penolong Kanan Akademik (GPK 1) ialh Puan Norlia Abdul Karim dari tahun 2001 hingga 2004. Beliau kemudian di gantikan oleh Puan Marsita Harun sehingga Ogos 2009. Jawatan ini kemudiannya diambil alih oleh En. Akashah Ismail iaitu GPK 1 sekarang.

          Jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) pada awalnya dijawat oleh En. Sabudin bin Sani. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Tuan Pengetua di Sekolah Menengah Sains Seremban. Jawatan GPK HEM kemudiannya disandang oleh Tuan Haji Zakaria bin Ismail.

          Jawatan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK KOKO) diwujudkan pada tahun 2004. Cik Hajah Siti Asiah bt. Hitam telah memegang jawatan ini dari tahun 2004 hingga Ogos 2009. sekarang jawatan ini disandang oleh Pn. Hajah Zainab bt. Nasir.

          Pada tahun 2010, disebabkan jumlah pelajar yang bertambah, sekolah telah beroperasi dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sehubungan itu, pada tahun itu, sekolah telah menerima kehadiran seorang Guru Penolong Kanan Petang iaitu En. Kalaiselvam Muniandi.